24 August 2011

mengapa WANITA sangat istimewa?

edit by GaDiS uNgU at Wednesday, August 24, 2011 0 comments
Assalamualaikum....





Mengapa WANITA sangat Istimewa......


Mama dan Papa sedang menonton TV, seraya mama berkata. "..i letih la..dah lewat ni, i nak tido lah...."


Mama pun pegi dapur nak tutup tingkap dapur, nanti masuk pulak lipas...leceh pulak nanti..dah tu, ade pulak rice cooker dalam sink..rendam lepas makan tadi..basuh jap...


susun pinggan kat rak, lap dapur..terpercik kena sambal masa masak tadi...check air panas dalam flusk..takut habis pulak nanti malam anak nak susu...memang dah kering pun flusk ni, jerang la air...sementara tunggu air masak, nampak pulak bekas gula dah kosong....salin la gula...chec k bubur untuk anak nak hantar ke taska esok..nasib baik ade lagi...ishh...ni lauk bila ni, semalam...dah beku dah.....basuh la kejap....pegi yard, masukkan baju kotor dalam mesin basuh...penat dah ni, besok je la basuh...sidai kaian lap je lah...


tik....bunyi air dah masak...salin air dalam flusk...ok settle...


baru teringat tak semayang lagi...on da way nak g bilik, papa tgk tv lagi...nampak pulak beg anak untuk hantar ke taska...check...baju 2 pasang, towel...towel kecik utk selsama...calamine lotion untuk sapu ruam...pampers 4 keping.....alamak..telupa pulak masukkan botol...basuh botol jap...ok settle...


ternampak pulak beg g keje...emm..besok nak pakai beg polo coklat lah, asik2 pakai beg hitam ni je...salin jap barang2 g beg coklat...cek sume 6 poket beg, takut la tetinggal apa2..leceh pulak..selalunya barang yang tertinggal tu la yang nak pakai nanti...hishhh sempit la beg ni...hangin je...nak kena beli ni beg baru...rasenya 25 hb ni Sogo sale nih...mana flyers tadi ek...ha ni die..ok, catit jap kat yellow sticker, nanti lupa..ok settle...


Tetiba dengar suara papa..."..u buat apa lagi tu..tadi kata nak tido.."...."..yelah nak tido la ni..nak smayang jap..."


masuk toilet..buat apa2 yang patut...cuci muka dulu..2 jenis lak tu...adoi...gosok gigi...smayang...pakai toner...pakai treatment cream...nak lawa and maintain punya pasal lah ni...


nanti orang kata baru anak satu dah macam anak 4 pulak...huhuhuhu...


bukak almari...emmm....pakai baju hijau ni lah besok...gosok kejap..check baju papa, baju papa pun kena gosok jugak ni...kat bilik belakang...


la, napa komputer ni tak tutup ni..gelas kopi pun ade lagi, dah bersemut dah..ishhh ...g dapur, basuh, sambung gosok baju...gantung elok2...kemaskan baju gantung2...masukkan seluar papa yang dah kotor dalam tempat kotor...ok settle..


dgr suara papa lagi..."..i dah ngantuk ni.."..dalam pada nak masuk ke bilik...owh...pokok aku dah nak mati ni ha..lu pa dah 3 hari tak siram...ok, siram jap...check jap pintu ni...sah tak kunci lagi...grill pun tak tutup..ni kalau tak check ni, senang2 je mat indon masuk rompak umah aku....bukak lampu luar..


ni mainan ni sepah2...masukkan la dalam bakul mainan budak ni...banyak nya...sampai bawah meja makan pun ade...adoi.....ok dah ...


ok dah boleh baring...adoi sakitnya pinggang...cium si comel ni kejap...selimutkan die...la..napa basah ni...emm, tukar la pempers ni...tak bagus la brand ni, nanti nak tukar lain la...nanti g Sogo 25 hb ni beli la skali...ok sayang tido k...kalau boleh jangan la bangun tgh malam ni eh..tido sampai pagi k...gud nite..sweet dreams...


aaahh...sedapnya dapat baring...mana pulak lotion sapu kurus aku nih...ha, ni dia...sambil sapu lotion kurus,,,setkan alarm...setkan program kerja besok....pg kul 9.30 ade meeting..


ahh...boring...panas pulak lotion nih..dah la...emm..sedapnya lelapkan mata...Ya Allah...terima kasih untuk rezekiMU hari ini,. ..mohon keberkatan dari mu tuhan...papa pun bangun tutup tv..."....i dah ngantuk sangat ni...nak tido lah...citer pun tak best malam ni, bola pun takde..."...selang seminit ...dengar suara papa berkeruh....dah agak dah....






So?....apa yang peliknya...??






Anda tahu kenapa wanita hidup lebih lama?....SEBAB ADE BANYAK KERJA NAK KENA BUAT....tu yang tak boleh nak mati cepat tu...




p/s ; heheh aku bersyukur aku seorang WANITA . ^_______^

21 August 2011

pantun hari raya ^____^

edit by GaDiS uNgU at Sunday, August 21, 2011 0 comments


Pantun Raya Satu Malaysia





p/s: heheh ..cute kan pantun nie ikut loghat setiap negeri ade ..ha masa ni la blh gak blaja loghat negeri2 kt malaysia ni..baru la satu malaysia .heheh..ha pe lagi copy la dlm kad raya ke sms ke emel ke then pos tuk org tersayang .barula semangat nk raya kan kan !! oke la aku nak g tulis kad raya ni tuk kwn2 ku :) slmt malam ..

20 August 2011

sahabat

edit by GaDiS uNgU at Saturday, August 20, 2011 0 comments
 
 
 
 
Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, kecuali diri sendiri. Tetapi dalam kita bersendirian, kita beruntung kerana mempunyai seorang sahabat yang memahami kita. Sebagaimana kita mengharapkan keikhlasan dan kejujuran seorang sahabat, begitulah juga dia. Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita. Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya. Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya. Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati. Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita. Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya? Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa tetapi kita sering terlupa.Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya. Dia mendengar luahan perasaan kita, segala rasa kecewa dan ketakutan. Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah. Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita. Pernahkah kita memberi dia peluang untuk menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya? Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita. Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah? Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah?Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?sekali jadilah sahab at yg mendengar dari yg hanya bercerita. Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat kerana dia juga seorang manusia, Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa. Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat sebagai kekuatan Jadilah kita sahabatnya itu. Kita selalu melihat dia ketawa, tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan. Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan. Kita tidak tahu. Tetapi jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita akan tahu.
RENUNGILAH...HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA
Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)
Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik.(Hukama)
  
13 tips eratkan persahabatan
Dalam kita menjalinkan persahabtan tentu kadangkala ada masalah atau problem yang melanda. Ini berlaku kadangkala kerana tiada persefahaman atau saling tidak mengalah. Dalam mencari penyelesaian ini.. 
Korang bacalah tip-tip yang diberikan di bawah.
1. KESABARAN
Belajarlah bersabar iranya sikap teman baikmu itu menyinggung perasaanmu, mungkin dengan kesabaranmu, temanmu itu akan mulai berubah & mula berfikir tentang hati & perasaan orang lain.
2. BERTERUS TERANG
Jgn sesekali kamu memendam perasaan jika kamu tdk menyenangi sikap teman2 di sekelilingmu.
 Cuba berbincang & berterus terang agar masalah yg membelengu dirimu aka selesai & jgn meninggikan suara ketika berbincang.
3. IKHLAS
Sentiasa bersikap ikhlas & jgn terlalu berkira dgn org lain. Sikap ikhlas kita akan menjadikan teman disekeliling akan lebih menghormati kita.
4. SALING MENGHORMATI
Saling hormat menghormati. Hormatilah org disekelilingmu & sudah tentu org lain juga akan menghormatimu.
5. JUJUR
Belajarlah menjadi seorang yg jujur. Saling percaya mempercayai menjadi hubungan persahabatan yg dijalinkan akan berjaya. Sebaiknya, buang jauh2 sikap bermuka-muka kerana ianya sikap merenggangkan persahabatan.
6. SALING FAHAM MEMAHAMI
Saling faham memahami & tdk berprasangka buruk adalah resepi utama dlm membina sebuah persahabatan yg berjaya. 
7. SALING MEMAAFKAN
Jadilah seorang yg pemaaf sekiranya teman baik mula menyinggung perasaanmu. & ketahuilah, sikap pemaaf itu merupakan satu perbuatan yg mulia. Malah dia dpt memberikan kesan positif terhadap diri kamu sendiri.
8. BERTOLAK ANSUR
Saling bertolak ansur juga merupakan satu factor penting utk membina sebuah perhubungan yg murni. Sifat begini akan memberi manfaat pada diri kamu & orang lain. Namun usah mengharapkan hanya org lain yg perlu bertolak ansur dengan kamu & dlm masa yg sama kamu pula mengambil kesempatan ke atas mereka. Ini tdk adil namanya!
9. JAGA TUTUR KATA
Jagalah tutur kata & jgn terlalu celupar ketika berbicara bersama teman-teman sekeliling kamu. Sikap lepas kata begini akan mengundang perselisihan faham antara satu sama lain.
10. NASIHAT MENASIHATI
Saling tegur menegur & nasihat menasihati antara satu sama lain. Teguran hendaklah secara baik & bukannya dgn melulu & mengkritik. Bukankah saling ingat mengingatkan itu satu perbuatan yg mulia?
11. AMBIL BERAT
Jgn pentingkan diri sendiri, sebaliknya ambil berat antara satu sama lain. Contohnya, jika temanmu sedang dilanda masalah. Berada di sisinya ketika dia sedang susah merupakan satu pengorbanan besar & tanda setia kawan. Ia memberikan kekuatan & sedikit bebanyak masalah yg ditanggunginya akan berkurangan. Tapi awas! Jgn nanti sampai kamu tak tahan telinga jika saban hari terpaksa mendengar luahan masalahnya. Kadangkala kamu juga punya masalah yg perlu diselasaikan!
12. SALING BERHUBUNG
Jauh di mata, dekat di hati. W/pun mungkin kamu dipisahkan oleh jarak & kesibukan, apa kata kamu eratkan persahabatan dgn bertanya kh ab ar. Telefon @ sekadar menghantar sms pun dah mencukupi tanda ingatan kamu kepadanya.
13. BERTELINGKAH
Sesekali bertelingkah yg berlaku akan menjadikan perhubungan bertambah baik. Kita lebih sling mengenali & memahami antara satu sama lain. Tapi haruslah diingat, bergaduh tanpa bermaafan tak guna juga. Sekurang kurangnya kita kenalah beralah & bermaaf-maafan agar kekeruhan yg melanda akan jernih semula.

 p/s : hargailah sahabat anda oke .!
 

15 August 2011

7 perempuan bertanya

edit by GaDiS uNgU at Monday, August 15, 2011 0 comments



Wahai2 wanita/gadis.....renung-renungkan.....

Untuk dikongsi.


Kaum feminin cakap "susah jadi wanita", mereka telah digoda dan
diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita
lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap
mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum
wanita.

Keluh...an remaja perempuan A:
"Aduh, situ tutup, sini tutup. Susahla gini. Apasal laki-laki mudah
saja.
Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak."

Keluhan isteri A:
"Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak."

Keluhan remaja perempuan B:
"Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian
harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!"

Keluhan isteri B:
"Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan
anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!"

Keluhan isteri C:
"Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap
suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?"

Keluhan isteri D:
"Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak
bolek ceraikan suaminya? Kenapa?"

Keluhan remaja perempuan C:
"Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan
nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat
dan puasa?".

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum
wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman
wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum
lelaki pula cakap, "Ah, mujur aku ni lelaki!"

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas.
Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin
bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah
s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu
sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan
melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
"Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman
dan terbaik.
Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan
lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan
itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa
akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah
bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun
kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok
saya hanya berseluar pendek ke lutut kan? Tapi kalau sebaliknya,
jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok
awak pakai hanya seluar pendek!"

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
"Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib
taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami.
Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang
menanggung dosa yang kalian lakukan!"

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
"Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?
Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan
apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun
suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka
itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia
ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!"

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
"Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak
begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah. itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti
awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai
orang wanita meninggal masa melahirkan !"

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
"Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu
maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki!
Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak
lelaki awak!"

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
"Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah,
awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu?
Solat limawaktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu
apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!"

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
"Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita
jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!"

Lelaki beriman bertanya:
"Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?"

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
"MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum
lelaki!"

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki
biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut
dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan
diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada
manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan
ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum
lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian


11 August 2011

mimpikan dia lak

edit by GaDiS uNgU at Thursday, August 11, 2011 0 comments
ohhhh...hati kenapa la aku dok teringat kat si batu aduhh!!!
bkn sengaja tau aku dok ingt kat di ttibe je tau ..ish bia betul cmne lak lh tetibe wawaawa
alksahnye begini semalam aku dok mimpi si batu anta mesej kt aku yg berbunyi begini "abang juga rindu kat sayang ..thanks sayang kerana berlaku jujur" 
perghhh terkedu aku ..tetapi mimpi indah (??) tu terhenti kerana hp ku telah berbunyi ishh kaco betulla huhu...
so dlm sehari dua ni aku dok asyik tertnya tanya apa maksud mimpi tu huhuu...
 

p/s :jom intai lagu ni ..best je ..seswai gak ar lagu ni ngn kisah aku ngn si batu ..sbb ktrg kenal under yahoo messenger..

Kita berkenalan hanya dalam laman muka buku
Kau hantar pesan dan suruh aku terima kamu
Oh oh hatiku rasa sesuatu
Dan pabila kau kata kau mahu jumpa aku
Ku gelisah berdebar hati rasa tak menentu
Oh oh benarkah rasa itu

Bagaimana
Harus bersua
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah kita
Beri peluang pertama
Walaupun kita tak pernah berjumpa
Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata puja
Otak kata jangan hatiku rasa sayang
Hidup tak menentu adakah ini cinta
Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila kau renung tajam tajam mata aku
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu
Oh oh ini cinta remajaku
Dan pabila kau katakan kau suka aku
Ku terdiam terkelu tak tahu mana nak tuju
Oh oh itulah cinta yang satu
Cinta di muka buku

selamat malam ...:) kalo mimpi si batu lagi cmne ek ????? ^^

09 August 2011

rase nak ngamuk jew

edit by GaDiS uNgU at Tuesday, August 09, 2011 0 comments
adakah korang seorang penyewa @ tinggal bersama family ? jika korang seorang penyewa mesti korang de housemate kan ? mcm aku .dah 4 tahun aku tinggal menyewa sndri .setahun lebih tinggal ngn abg aku .then pastu aku tinggal menyewa sndri kt cheras ..ade 3 org dlm umah i termasuk aku jd empat la kan ..so korang paham2 la bile dah ramai2 ni mcm peel la drg ni hahah..
seingat aku masa aku tinggal ngn family aku teringin sangat nk merasa duk luar tgl menyewa ngn kawan2 @ dlm erti kata laen mahu cuba berdikari la ..yela aku dulu time blaja kt kolej pn aku tak penah tinggal kt asrama/hostel sbb aku ulang alik dri umah ke kolej aku.so mmg xde langsung la pengalaman berdikari ni ..hidup ngn family besela beb makan minum smua mak sediakan ..aku just bgn pgi mkn minum pegi kelas/keje  blk kje/kelas makan minum maen2 jp ? ,,tgk tv then tdo hahah..tula rutin aku seharian ..bosan kan ??
then ni bile dah tgl sndri hah amik ko terkejar2 nk pegi kje nk siapkan makan minum sndri ..sama ada masak @ beli (aku lebey suke msk -kalo de bahan2 nye ) ..terkejar2 nk kemas bilik aku nk bsh kaen lagi .byr bil tu la bil ni la (dlu sepatah haram pn aku xtau ..nk byr bil? lg ar haram aku xpenah amik tau )biarpun sgt sibuk uruskan diri sndri namun aku rase puas hati sgt hahaha..yela biarpun aku xde pengalaman sblm ni tp dasyat beb xsangka au ni pandai gak berdikari wahahah (angkat bakul sndri).
tp yg plg aku xtahan ialah bile dpt housemate yg xreti2 xtahu la napa la bongok sangat ! huh!geram aku tau x ..sblm ni housemate aku ok je ..then bile msk je makhluk 2 eko ni trs rase cam neraka je umah aku ni.sbbnye ? huh mmg xsebulu betulla ..adeke manusia cmni pn de dlm dunia ini..punyela pemalas nk bsh pinggan (dahla guna pinggan aku ) dahla pinggan yg aku bwk ckit je .cube korang bygkan ak nk mkn dgn pe kalo dah pinggan aku dlm sinki ? xke naik angin aku ..pulak tu adelah dlm 5-6 ari dibiar je xbasuh pinggan aku ..tu belum lg masuk pemalas nk tutup suis + cbt plak lps drg dah msk .aduhhh haiii taktaula aku spesis cmni pn .tertnya aku dlm ati mak bpk drg ni xajar ke ..bukannye susah sgt pn nk ttp suis tu ..plg dasyat mencabar kesabaran aku maen sidai je kain basah drg bile kaen aku stiill de kat ampaian tu ..kalo kaen aku msh basah aku xkisah la ..tp beb kain aku dah kering siott punye la aku bengang...kalo drg sidai time aku de kt umah senang la aku nk ngamuk ni time aku xde ..setan betull la ..lagi plak tu si gemuk tu suke sgt smoking dlm bilik die ..punyela umah aku dok bau busuk je ..hishhh geram betull aku ni.
so korang pikir aku ptt ajar cmne due eko mangkuk ayun nie ??
ari demi ari duk cabar kesabaran aku
aku ni kalo dah marah mmg kuar ar ayat2 power aku tau x

p/s : jgn disangka air yg tenang tu xde buaya :):) kepada dua magkuk ayun kt umah aku ni siap ek kalo korang test iman aku ni siapla meletupla umh nie..

03 August 2011

i'm sorry

edit by GaDiS uNgU at Wednesday, August 03, 2011 0 comments
memang sukar sebenarnye nak ucapkan kata maaf lebeh2 lagi kite rase di pihak kite tidak berbuat sebarang kesalahan .
tetapi sempena bulan mulia ramadhan ini aku telah merendahkan diri minta maaf wlpn via sms kepada en batu hu2..
actually sehari sblm puasa lagi aku dah anta sms kt hp maxis dia tp maxis xdelivered coz hp switch off .kecewa jugak aku sbb aku nk tgk reaksi dia cmne hu2..so aku pun tgu jela ..tp smpi la ni msj tu xsmpi kt die .msh pending ..hm..dlm hati aku terpikir hp die rosak (dulu die de bgtau ) ataupun die dah xpakai no tu..clash ngn aku so buang la no tu kot hu2..then td masa wat keje borak2 ngn aishah so aku cite la pasai nie hu2..aku cte die da no celcom tp aku cume anta kt maxis je hu2..then aishah pn ckp anta la lagi xpe kite merendah dri kite ucapkan maaf even kite rase kite xsalah pape hu2..sbb org yg minta maaf ni martabat die lg tinggi sebab die dah rendahkan dri die ..so aku pun decide trs anta msj kt celcom no die ..tp die xreply smpi la mlm nie.
aku cek emel yahoo 


die chat (ohohoooo terkezut aku ...ingtkan die dah delete aku ) die ckp xde kedit nk reply ..dia ckp die pn same hu2..ak rase lega ar jugak kan ..

p/s : skng ni ktrg tgh chat mcm xde pape belaku before ni hu2..pelikkk dongg hu22



 
 

si gadis ungu ^^ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting