25 September 2011

annual dinner - RETRO

edit by GaDiS uNgU at Sunday, September 25, 2011 0 comments
                                       Assalamualaikum.....

omG ! dh lame rasenya xupdate le.seminggu due ni betui2 busy mengalahkan PM ..yucks ! he2 sibuk ngn exam n busy nye kje lagi .duh!ini bru dapat relax sbb exam dah berakhir yahooo.!!semalam aku pergi annual dinner my company kt mandarin oriental ,KL .last yearnye annual diner aku xgi sbb actually aku bukannye suke sgt dok g dineer2 ni sbb mls nk dress up mls nk g cri2 bju ,,mls nk make up bla bla bla ....!!! hahah ! la ni tetibe tahun ni mood aku nk g lak diner ni.dah ar tema nye retro ! fuh! mencanak aku dok g cri baju seswai ngn tema ni.wlpn kengkawan aku dok pakai bju raya je ..tp aku ni semangat nk cri & bergaya ngn tema retro ..ahhaha!


invitation card yg very cute ^^

penat dk cri dress retro ni hahhaa

bergaya sakan ikut retro hahha

pintu gerbang yg cute mute menyambut ketibaan guest

oh .xbanyak pic yg sempat aku amik .ini saje yg ade .wlpn show mlm tu xbest sbb xde artist jemputan tp mknan yg disediakan boleh la diterima tekak aku ni hahha..sekian saje update aku mlm ni.



p/s : aku cume dpt voucher jusco saje ..ciss!! sjk dlu aku xpenah dpt lucky draw yg power2 ..nymph aku..ni juga satu sbb aku mls nk g diner2 cmni.!! hahah

22 September 2011

Dialog Malam Pertama

edit by GaDiS uNgU at Thursday, September 22, 2011 0 comments


Di malam yang hening, merupakan malam pertama bagi sepasang suami isteri ini, malam penentuan pertarungan hak dan batil. Malam yang dinanti-nantikan oleh sepasang mempelai yang baru hangat diraikan dalam majlis kenduri tengahari tadi. Alam bagaikan mengerti, hujan rintik-rintik dan sejuk yang nyaman di perkampungan seperti ingin membasahkan kehangatan suami isteri malam ini.
Suatu yang mengesankan ialah inilah kali pertama mereka bersua muka, menatap wajah pasangan dengan lebih dekat, menyentuh kulit mulus isteri yang dicintai dan inilah debaran malam pertama bagi mereka. Sebelum ini , mereka tidak pernah sedekat ini, jika adapun bertemu di hadapan keluarga masing-masing, jika ada pun bertemu bersama kawan-kawan. Tidak pernah mereka berjalan beriringan, tidak pernah mereka menjangka bahawa satu perkenalan, satu masa yang singkat terus membawa kepada jinjang pelamin. Alam pernikahan yang begitu asing bagi mereka.
Malam semakin larut, si suami membasahkan tubuhnya menyucikan diri. “Aneh” bisik isterinya. Di malam-malam begini yang dingin mengapa perlu membasahkan tubuh? Lebih aneh selepas itu suaminya masuk ke bilik belakang yang kosong agak lama sehingga memaksa isterinya mengintip di celahan pintu bilik itu. Alangkah terkejutnya, suaminya seakan mati, kaku dengan gerakan sujud dan terdengar esakan kecil umpama merintih.
Dia tahu apa yang dilakukan oleh suaminya dan dia akur. Itulah cinta suaminya yang sejati. Dia tidak perlu cemburu dengan cinta itu dan dia pernah berfikir walaupun segunung cintanya pada suaminya, tidak akan sama dengan cinta suaminya di bilik kosong itu. Dia menunggu, bertelekung di atas taburan bunga mawar di atas katil empuk itu. Si suami keluar dan memandang tepat ke arah isterinya, isterinya menunduk malu.
Isteri : Mengapa awak pilih saya?
Suami : Kerana awak berniqab (memakai purdah).
Isteri : Ramai kan yang berniqab?
Suami : Kerana awak ada agama.
Isteri : Ramai kan yang ada agama?
Suami : Kerana awak adalah jodoh ketentuan dari Allah S.W.T.
Isteri kehabisan soalan, dia tahu jawapan itu tidak ada persoalan lagi.
Suami : Saya jumpa awak yang saya nampak hanya 2 biji mata, saya tak tahu wajah awak dan selepas itu saya terus tidak melihat wajah awak, tetapi saya melihat di rumah awak, di hadapan ibu bapa awak. Ketika mereka menyaksikan hasrat saya untuk memiliki awak dan ketika awak membuka niqab, saya tidak perlu tahu selanjutnya wajah awak kerana itu bukan tujuan utama saya memiliki awak.
Isteri : Saya tidak cantik…
Suami : Lebih baik beristerikan perempuan yang berkulit hitam, berbibir tebal tetapi mempunyai Agama dalam dirinya adalah nikmat yang paling cantik daripada memiliki isteri yang berkulit mulus, tetapi tiada agama dalam dirinya. Tetapi jika cantik dan ada agama itu adalah anugerah Allah kepada saya. Tetapi adakah perempuan sedar, mereka yang menampakkan kecantikan yang haram didedahkan tetapi akhirnya mereka adalah bahan bakar di neraka kelak. Wana’uzubillah.
Isteri : Saya juga ingin cantik…
Suami : Sayang, kecantikan awak takkan kekal. Awak akan dimakan usia. Tetapi mahukah awak kekal cantik selamanya?
Isteri: Itu yang saya mahukan…
Suami : Mahukah awak menjadi secantik bidadari, malah lebih dari itu?
Isteri: Perempuan di dunia ini sehabisnya menyolek diri mereka umpama bidadari tetapi adakah mereka berjaya?
Suami : Ada caranya, malah tidak perlu berhabis ribuan ringgit!
Isteri: Yakah?, tunjukkan caranya!
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Wanita di dunia lebih baik daripada bidadari sebagaimana yang zahir lebih baik daripada yang batin.”
Isteri : Saya kurang faham, di mana alat-alat mekapnya?
Suami : Rasulullah pernah bersabda, “Jika perempuan solat lima waktu, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, nescaya ia akan masuk syurga.” (HR. Al-Bazaar).

Isteri : Bagaimana cantiknya saya di dalam syurga nanti?
Suami : Tolong ambilkan Al-Quran atas meja tu dan Tafsir Ibnu Kathir yang kawan awak hadiahkan tu. Awak ada wudukkah?
Isteri : Ada . Nanti sekejap.
Suami : Lihat Surah Al-Waqiah, “Sesungguhnya kami akan ciptakan mereka secara langsung.” (ayat 35 ), Ibn Kathir dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa wanita baik mereka itu tua atau tidak mereka akan dibangkitkan dengan ciptaan yang baru. Dalam keadaan mereka itu muda dan perawan. Ini dikuatkan lagi dengan ayat yang berikutnya “Dan Kami jadikan mereka itu gadis perawan” (ayat 36).
Isteri : Saya belum dapat bayangkan macam mana cantiknya saya nanti.
Suami : Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman lagi “(Tentang wanita) penuh cinta (kepada suami mereka) lagi sebaya umur” (ayat 37). Dalam Ayat ini, Allah menerangkan mereka ini (wanita) terlalu asyik mereka hanya kepada suami mereka sahaja manakala suami mereka juga asyik kepada mereka. Cinta mereka hanya kepada suami mereka sahaja (Tafsiran Ibn Abbas).
Isteri : Sahih tu bang, tapi saya nak bayangkan macam mana cantiknya saya dalam syurga nanti.
Suami: Baiklah, tunggu sekejap saya ambil kitab hadith, lihat ini ada Riwayat dari Hadis Tabhrani, sambungan dari yang zahir lebih baik dari yang batin yang saya ceritakan tadi, ingatkah?
Isteri : Oh! ada, saya ingat.
Suami : Maka bertanya lagi Ummu Salamah: Dengan apa yang menyebabkan mereka lebih baik, Baginda pun bersabda: dengan solat mereka, puasa mereka dan ibadat mereka kerana Allah. Malah Allah memakaikan pada muka mereka cahaya, pada badan mereka sutera, kulit mereka berwarna putih, pakaian mereka berwarna hijau, malah mereka dipakaikan dengan perhiasan berwarna kuning (yakni emas) rantai mereka daripada permata, sikat mereka daripada emas. Lalu mereka berkata: Kami kekal (di dalam syurga) dan kami tidak akan mati lagi, kami memperolehi nikmat dan kami tak akan bersedih lagi, kami akan kekal di dalam syurga dan kami tidak akan berpindah, kami adalah orang yang redha dan kami tidak akan marah, beruntunglah sesiapa yang kami (dijadikan) untuknya dan (dijadikan) dia untuk kami. Lalu Ummu Salamah bertanya lagi: Wahai Rasullallah, ada di kalangan kami yang berkahwin dengan dua orang lelaki, atau tiga orang lelaki atau empat orang lelaki (bukan dikumpulkan sekali tetapi merupakan perkahwinan yang kedua selepas kematian, cerai atau lainnya), kemudian perempuan itu mati dan dapat masuk kedalam syurga begitu juga bekas-bekas suaminya juga masuk syurga, maka siapa yang akan menjadi suaminya (di dalam Syurga)? Baginda menjawab: Dia akan memilih yang terbaik di kalangan mereka dari segi akhlak. Nah! Hadith ini dengan jelas menampakkan kelebihan orang wanita daripada bidadari.
Isteri : Alhamdulillah, baru saya faham. Maksudnya jika saya berjaya menjadi wanita solehah dengan ciri-ciri dari firman Allah dan hadith, maka saya akan masuk syurga dan menjadi lebih cantik dari bidadari!
Suami : Wanita yang merupakan ahli syurga juga mendapat nikmat yang tak ternilai banyaknya. Dan nikmat yang diperolehi oleh wanita atau lelaki di dalam syurga adalah sesuai dengan fitrah kejadian kejadian mereka. Cubalah kita renungi baik awak atau pun saya, apakah yang amat dihajati oleh kita dan sekiranya kita diberi peluang nescaya kita akan mendapatkannya? Pada pandangan saya, orang lelaki lebih berhajat kepada wanita manakala wanita pula di samping berhajat kepada suami, akan tetapi kecantikan dan kejelitaan lebih menjadi tumpuan pada mereka. Bukankah semua ini terdapat di dalam syurga?
Isteri : Saya tahu sedikit dari ilmu yang saya kutip, tetapi ada yang saya lupa, eloklah saya mendengar sendiri dari suami saya!
Suami : Ya. Saya juga muzakarah dengan awak, lagi satu, bidadari syurga yang bukan dari kalangan isteri saya akan memarahi awak juga!
Isteri : Hah! Bidadari marah saya? Kenapa? Macam mana awak tahu?
Suami : Buka kitab hadis tadi, baca “Janganlah seorang perempuan menyakiti suaminya di dunia, jika tidak, maka bidadari-bidadari isterinya di syurga akan berkata kepadanya: Janganlah kamu menyakitinya, sesungguhnya ia adalah tamu bagimu yang sebentar lagi akan meninggalkanmu untuk berkumpul bersama kami.” (H.R. Ahmad dan Tirmidzi dari Mu’adz bin Jabal r.a)
Isteri : Wah! Saya amat takut jika awak meninggalkan saya di dunia lebih menyedihkan jika saya tidak dapat berjumpa awak di syurga!
Suami : “Harta yang utama adalah lisan yang senantiasa berzikir, hati yang senantiasa bersyukur dan isteri beriman yang membantu suami dalam menegakkan bangunan imannya.” (H.R. Ibnu Majah dan Tirmidzi)
Isteri : Alhamdulillah! Baru saya faham sejelasnya, terima kasih abang. Tetapi itukan banyak persoalan tentang saya, bagaimana saya dalam keluarga yang taat kepada perintah Allah, yang menghidupkan sunnah Rasulullah dan akan mendapat nikmat syurga. Bagaimana dengan diri abang?
Suami : Oh itu masa tidak mengizinkan, biarlah kita berbicara satu bab dengan teliti. InsyaAllah esok malam kedua kita bicarakan soal itu ya.
Artikel oleh : Ibnu Rahman
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>  

Apakah jodohnya penzina juga?



Adakah seorang gadis yang pernah membuat zina, tetapi telah bertaubat dengan sesungguhnya (taubat nasuha) akan mendapat jodoh penzina juga? Sedangkan dia benar-benar telah bertaubat dan berusaha menjadi wanita solehah.
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, jika seseorang sudah bertaubat dengan sebenar-benarnya (taubat nasuha), nescaya bukti nyata dan jelas akan hasil taubatnya yang tulen adalah dengan perubahan seluruh gaya hidupnya yang berkaitan hubungan lelaki dan wanita.
Jika seseorang mendakwa atau merasa diri sudah bertaubat, namun gaya hidup lamanya seperti :
  1. Rutin hubungan kawan dan rakan dengan lelaki masih aktif.
  2. Masih keluar makan, berjalan berdua-duaan dengan lelaki samada urusan kerja atau peribadi.
  3. Masih ber’boyfriend’ aktif dengan dating dan chatting intim di malam hari, cuma kononnya kali kini dengan seorang ‘ustaz’ atau seseorang yang ‘jaga solat lima waktu’.
Maka, peluang untuk mendapat suami penzina akan terbuka luas seperti dahulu.
Taubatnya mestilah dengan perubahan ketara dalam semua gaya hidup dan cara hubungannya dengan lelaki. Cara pakaiannya juga sepatutnya berubah, mungkin dari membuka aurat kepada tutup, dari tutup separa kepada tutup penuh, dari tudung glamour munafiq (hakikatnya membuka aurat) kepada tudung muslimah sejati. Hanya dengan demikian, mata-mata lelaki soleh akan mula melihat dan masuk menghantar wakil kepada ibu bapanya.

Mata Lelaki Soleh
Mata lelaki soleh tidak ingin melihat kepada wanita yang bercampur baur dengan teman lelaki sekerja, ‘bertepuk bertampar’, bergurau senda, berdating sana sini dan berdua-duaan. Kecuali mata lelaki ‘soleh’ luarannya (penampilan fizikalnya) namun ‘tidak soleh’ dalamannya, mereka yang seperti ini akan terus berminat kepada mana-mana jenis wanita.

Lelaki Zina Untuk Perempuan Zina?
Allah s.w.t berfirman: “Lelaki-lelaki yang berzina tidak akan mengahwini melainkan wanita yang berzina, atau wanita musyrik dan wanita yang berzina tidak akan mengahwini lelaki kecuali yang berzina atau musyrik.” (Surah An-Nur : 3)
Dalam ayat lain firman Allah s.w.t: “Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki-lelaki yang keji, dan lelaki-lelaki keji adalah untuk wanita-wanita yang keji, dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.” (Surah An-Nur : 26)
Ayat di atas menyebabkan ulama berbeza pandangan dalam hal berkahwin dengan sesorang yang telah berzina. Ayat di atas secara sepintas lalu, kelihatan mengharamkan berkahwin dengan kumpulan penzina ini kecuali seorang penzina juga.
Walaubagaimanapun, menurut pandangan yang terkuat; hukum ayat di atas telah di ‘nasakh’ kan dengan ayat yang mengharuskan berkahwin dengan semua muslim dan muslimah yang masih boleh berkahwin. Iaitu ayat surah An-Nur ayat 32 . Ia adalah pandangan majoriti ulama. (Al-Jami’ li Ahkamil Quran, Al-Qurtubi, 6/112 ; cet Dar al-Kutub al-Ilmiah)
Perlu diingat juga, terdapat sesetengah keadaan Allah s.w.t memberikan jodoh lelaki atau wanita ‘jahat’ kepada individu yang baik atau amat baik. Ia juga tidak bercanggah dengan ayat di atas.
Hikmah yang Allah Maha Mengetahui. Amat besar kemungkinan yang soleh tersebut berjaya menjadi lebih soleh dan musleh (membantu menjadikan seseorang itu menjadi soleh) apabila mendapat pasangan kurang baik. Lantaran pengaruh dan kekuatannya, hingga beliau menjadi semakin tinggi martabatnya di sisi Allah manakala pasangannya yang jahat menjadi soleh dan solehah.
Tatkala itu, pasangan individu kurang baik boleh sahaja menjadi anugerah terbesar buat sebilangan individu yang terpilih menjadi lebih baik dengannya. Namun boleh berlaku juga sebaliknya, yang jahat bertambah ultranya, yang baik merudum jatuh. Nauzubillahi min zalik (semoga kita dijauhkan daripadanya).

08 September 2011

saya demam hahahah !!

edit by GaDiS uNgU at Thursday, September 08, 2011 0 comments
                                                   Assalamualaikum...

tengahari yg indah namun demam ..sian kan ! hahaha ntah np tetibe demam lak.smlm kt ofis dri pagi smpi la ptg skt pala .aduh smpi sessi training mcm xmasuk je dlm pala otak aku nie.sigh! member aku ckp pe yg ko pikir sngt nie smpi kepala mu menggelegak ni hahhaa! entah apa aku dok pikiaq smlm ..ntahla malas ar nk pikir lagi .

so today what can i do ? wlpn demam (dah baik ckit ) aku ttp hepy ? hahah tgh syok bersantai2 kt umh ni sbb xkeje yahoooo... (mcm ni la perangai kalo xkjee)..bkn senang beb nk dpt beristirehat kt umah cmni huhuu..so ape la gi keje aku seharian ni dok tgk tv sambil fesbuk pastu smpt lagi download lagu kt 4shared smbil telinga aku layan mp3 ..hahahah dasyatkan ..4 dlm 1 lagi tu..kelas kau !

food tuk org sakit n malas cam aku ..hehheeh...(sbnrnye aku rajin tau x ritu aku msk nasi minyak saje je xnk kepoh !) ^__^



kje aku rini..wlpn skit xbermakne aku duk baring terlentang huhuu..








kan best kalo sakit2 ni ade org yg ambil berat ^^..hehe sape la yg nk amik berat tu kih..kih..ish ish sbut pasal ni tetibe lak teringat mimpi aku td .vboleh plak mimpi dlm demam2 ni kan .pelik kan aku ni.mne xpeliknye tetibe lak boleh mimpikan srg mamt ni biar aku namekan Mr .F..kje satu company ngn aku .mase g teambuilding member2 ktrg de kenen2kan ktrg tp masing2 wat bodo je ? hahaha aku plak malu2 kucing sbb rase xngam sgt ar ngn die sbb die ni goodlooking n de pangkat woo ! takkanla aku yg xsemenggah ni nak gedik2 ngn die ..n tetibe lak die leh msk dlm mimpi aku td ish pe ke hal nye ek .????

entry ni abs kt cni je sbb aku malas nk update pape lagi ..otak dah beku sbb demam punye pasal ..kui..kui...

06 September 2011

a secret of zodiac

edit by GaDiS uNgU at Tuesday, September 06, 2011 0 comments


Capricorn -Yang Posesif
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Disember hingga 19 Januari dikatakan bernaung di bawah zodiak Capricorn, yang berlambang kambing. Anda mengutamakan kejayaan, status, kedudukan, reputasi, kesetiaan, penumpuan, di samping berkebolehan menyelesaikan masalah, bertanggungjawab, memperlihatkan kebijaksanaan, dan keseriusan belajar melalui pengalaman.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap memandang buruk (pesimis), selalu terpaksa, membebankan, menghadapi halangan, memperlihatkan batasan, kurang simpati, berada dalam ketakutan, dan pemikiran sempit.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan LIBRA.

Aquarius -Yang Rasional
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.
Kualiti Astrologi:
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.

Pisces- Yang Sensitif
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 19 Febuari hingga 20 Mac dikatakan bernaung di bawah zodiak Pisces, yang berlambang ikan. Anda mengutamakan cinta sejagat, bersifat manja, sentiasa mencari ilham, memperlihatkan kepercayaan, ada persefahaman, berjiwa puitis, gemarkan muzik, beragama, bersifat setia, mampu melayan diri, mengutamakan kerohanian, dan tidak mudah mengaku kalah.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa keliru, bersalah, mudah mengaku kalah - diri, kecewa, bimbang, risau, terlibat dalam penipuan, ketagihan, dan mudah menurut kemahuan hati.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Aries -Yang Penuh Daya Tarikan
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mac hingga 20 April dikatakan bernaung di bawah zodiak Aries, yang berlambang Biri-biri jantan. Dengan yang demikian, anda seorang yang berani, yakin, inisiatif, mengutamakan tindakan, ada pertahanan diri, ada rasa merintis, ada daya juang, dan pencipta nasib.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda ini terlalu pemikir , ada kekasaran, kesombongan diri, gemar menimbulkan permusuhan, agresif, hasil kerja tak sempurna, dan ada kelemahan.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah CAPRICORN, CANCER dan LIBRA.

Taurus -Yang Setia
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 April hingga 20 Mei dikatakan bernaung di bawah zodiak TAURUS, yang berlambang Lembu Jantan. Dengan yang demikian, Taurus mengutamakan kekayaan, ketinggian rohaniah, kaut daya rasa, kesetiaan, gemar berpeleseran, kesuburan, terlalu praktis, murah rezeki dan ketabahan.
Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun, ada kalanya Taurus bersikap terlalu kebendaan, terlalu mengongkong, keras hati, suka menurut rasa hati dan buntu fikiran.
Kualiti Astrologi:
Taurus termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, daya ketabahan, daya ketahanan, dan daya kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah AQUARIUS, LEO dan SCORPIO.

Gemini -Yang Bebas
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Mei hingga 20 Jun dikatakan bernaung di bawah zodiak Gemini, yang berlambang Saudara Kembar. Dengan yang demikian, Gemini mahir berkomunikasi, suka mengembara, serba boleh, bijak, ada kuasa bercakap, berkebolehan menulis, kedekatan pada sanak saudara dan jiran, gemar penghijrahan, dan bersikap terbuka.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap hanya suka sekejap sahaja, berperangai keanak–anakan, gugup, talam dua muka, bercakap kosong, tak lengkap dan suka berpura–pura.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah PISCES, VIRGO dan SAGITTARIUS.

Cancer -Yang Hangat
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Jun hingga 20 Julai dikatakan bernaung di bawah zodiak CANCER, yang berlambang Ketam. Dengan yang demikian, Cancer sukakan rumah tangga, keluarga, kesihatan, makanan, ada rasa simpati, memberi perlindungan, agak sensitif, punya kesabaran, kejujuran, dan kepintaran.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap keanak-anakan, berbolak–balik, berpuak–puak, tidak selamat, terlalu bertahan dan takut pada perpisahan.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif. Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CAPRICORN dan LIBRA.

Leo -Yang Dapat Dipercayai
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 21 Julai hingga 21 Ogos dikatakan bernaung di bawah zodiak LEO, yang berlambang Singa. Anda mengutamakan rasa cinta, mesra, bersifat pemurah, ada daya kepimpinan, menonjolkan kemegahan, sentiasa hidup, menonjolkan keagungan, keberanian, keupayaan, rapat dengan anak–anak, berbakat dan suka pada hiburan.
Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun, ada kalanya Leo ini kerap menunjukkan ego, banyak cakap, memperlihatkan sifat ketuanan, menunjuk–nunjuk, mengejar kemewahan, dan menghadapi komplek rendah diri dan bangga diri.
Kualiti Astrologi:
Leo termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, AQUARIUS dan SCORPIO.

Virgo -Yang Serius
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 22 Ogos hingga 22 September dikatakan bernaung di bawah zodiak VIRGO, yang berlambang Seorang Gadis. Dengan yang demikian, anda suka pada kerja, hasil kerja sempurna, punya wira diri, suci, mengutamakan penjagaan kesihatan, ada kesedaran, memberi penumpuan berdisiplin, praktikal, sedia berkhidmat dan menyeluruh.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berasa bimbang, cerewet, berpandangan sempit, terlalu tertib, suka merungut, tidak mudah mengaku kalah, dan ada ciri mengkritik.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, PISCES dan SAGITARIUS.

Libra -Yang Bijak
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 September hingga 22 Oktober dikatakan bernaung di bawah zodiak LIBRA, yang berlambang Alat Penimbang (Dacing). Dengan yang demikian, orang yang berzodiak Libra biasanya berciri–ciri harmoni, seimbang, gemarkan perkahwinan, sukakan perhubungan, mengutamakan kesamarataan, pakatan, diplomasi, berseni, suka membantu, sentiasa dalam keadaan ceria, dapat menjadi pasangan yang ideal dan sukakan keadilan.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda bersikap bolak-balik, pura-pura, tidak jujur, tujuan kurang tegas, atau tindakan kurang seimbang.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori kardinal, iaitu aktif (berprinsip memulakan sesuatu). Dengan kualiti ini anda dianggap baik untuk merangsang dan memulakan setiap projek baru. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori kardinal selain anda ialah ARIES, CANCER dan CAPRICORN.

Scorpio- Yang Rasional
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 Oktober hingga 22 November dikatakan bernaung di bawah zodiak SCORPIO, yang berlambang Kala Jengking. Anda mempunyai daya penarik, kreatifada keinginan yang kuat, punya stamina, daya seksual yang tinggi dan ada bakat menyembuh.
Ciri Negatif:
Walau bagaimana pun,ada kalanya Scorpio mudah menaruh rasa cemburu, suka menuntut bela, suka 'membinasakan diri', melampau, fanatik, tamak dan berdaya untuk menyerang.
Kualiti Astrologi:
Scorpio termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan AQUARIUS.

Sagittarius -Yang Berwawasan
Ciri Positif:
Orang yang lahir pada tarikh antara 23 November hingga 20 Disember dikatakan bernaung di bawah zodiak SAGITTARIUS, yang berlambang Pemanah. Anda minat belajar, bersikap optimis, kembara, kefahaman diri, berminda tinggi, mempunyai hati nurani, berpegang pada agama, psikologi, suka pada keseronokan, bijaksana, selalu ada tuah, gemar penerokaan dan ada pelbagai impian.
Ciri Negatif:
Walau bagaimanapun, ada kalanya anda berada dalam kecuaian, tidak mematuhi undang-undang, berada dalam kegelisahan, pembazir, terlalu menurut kehendak hati, tidak jujur dan tidak bertanggungjawab.
Kualiti Astrologi:
Anda termasuk dalam kategori berubah-ubah, iaitu mudah mengalami daya perubahan, daya penyesuaian dan daya keseimbangan. Dengan kategori berubah-ubah ini, anda adalah kreatif walaupun tidak selalu praktikal. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori berubah-ubah selain anda ialah GEMINI, VIRGO dan PISCES.


05 September 2011

JODOH

edit by GaDiS uNgU at Monday, September 05, 2011 0 comments
                                                    Assalamualaikum

Jom kite cakap pasal jodoh ..JODOH ? huhu knp tetibe nk ckp pasal nie ek ?
hmm..tah tetibe je hmmm mybe sbb aku berckp soal ni dgn my frenz td .i call her kak B .usia dlm 30 an tp msh single .aku mula terfikir kenapa sedangkan kak B punye pakej yg boleh ar di banggakan so kenapa ?

"JODOH" Renungkanlah sedalam-dalamnye..
Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

kenapa kita lambat bertemu jodoh , knp ek ? ade sangkut paut dgn dgn keluarga ke ,tak ar , jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagaikan menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 26 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 36 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan korang itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah kan maha mendengar.

kita selalu mendengar wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat yang ini. aku mesti happy kalo dpt yg itu ..aku msti bla bla bla bla ...Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah lantas terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai masalah betul x ?. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak ar mewah sgt )terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika korang terperangkap dalam kesesakan jalan raya, tetibe ade motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. korang pn mula ar mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal seperti itu boleh ar cepat sampai ke tempat yang ditujui. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang kita sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada juga yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.


Berkahwinlah kamu demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman aku penah cakap ..

"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadikan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."




pelangi indah di manakah dikau ?? bile nk dtg kepadaku..hahah cewah ^__^


p/s : so masalahnye aku ni dah sedia ke belum hahhahaha ..no comment ! (suke ati akula nk pakai jwpn artis ) @____@

04 September 2011

sebuah pesanan

edit by GaDiS uNgU at Sunday, September 04, 2011 0 comments
Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya dan buat diriku sendiri..
Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..
Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..
Tolong nasihati si dia, jangan mencintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..
Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..

Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana itu kunci syurganya..
Tolong katakan pada si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya..

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia,kita milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia,kita masih milik keluarga kita..
Tolong sedarkan si dia,kita tetap ada tanggungjawab terhadap keluarga kita..

Tolong sabarkan si dia,pengalaman mengajar kita usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia,andai diri ini enggan terlalu dirapati kerana menjaga batasan cinta..
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaganya dirinya..

Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..
Tolong khabarkan pada si dia,jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..
Tolong sampaikan kepada si dia, kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri..

Ya Allah... Hanya Engkau yang mengetahui siapa si dia di hatiku..
Moga pesanku sampai padanya..
Duhai pemilik hatiku setelah Allah.. Simpanlah pesananku ini sehingga engkau merapati diriku suatu hari nanti...

Ya Allah,jika perkara ini baik bagiku dalam urusan agamaku dan penghidupanku.. maka takdirkanlah dia untukku dan mudahkan dia bagiku...serta berkatilah dan perbaikilah hubunganku dengannya...
Tetapi jika engkau ketahui bahawa perkara ini buruk bagiku dalam agamaku dan penghidupanku maka hindarkanlah ia bagiku dan jauhkan pula aku daripadanya..
Dan takdirkanlah kebaikan bagiku dimana saja aku berada..
lalu jadikan aku meredhai segalanya...
Amin.....

03 September 2011

my old hobbies

edit by GaDiS uNgU at Saturday, September 03, 2011 0 comments
                                                              Assalamualaikum


Kalo org tanya hobi aku apa spontan aku akan jawab membaca . Nampak klise sangat kan ?kalo tanya member2 kamceng aku pn sure drg msti jawab membaca gak padahal entah betul tah tdk drg membaca huahhuaua! Tp yg sebenar2nye aku mmg suke membaca .tak kira la bahan ilmiah ke bahan x ilmiah ke .kalo aku beli magazines dari mukasurat 1 hinggalah 100 (for example) mmg aku akan bace la .xkirala dari coretan editor hinggalah iklan2 dlm magazines tu .hah! xcaya sudah !zaman sekolah dulu boleh dikatakan aku ni fanatic novel2 exspecially kisah cinta la ..asyik masyuk gtu huhuu..bole dikatakan tiap bulan aku beli novel baru tau .lps tu mula ar mengadap novel tu bagaikan esok xade .tp sejak aku bekeja ni bole dikatakan nk mengkhatamkan sebuah novel tu aku leh amik masa sebulan dua .tak haru gtu aiyooo..lama aku xbeli novel baru adelah dlm setahun dua ..waduhh pekene nie huhu..tp baru2 ni  hobi aku dah dtg balik ..bukan satu tp dua aku beli dlm sehari ..mak oi tamaknye ko !
aA + bB aku abskan dlm masa sehari je ..dpd aku dok bosan melangut sorang2 baek aku abskan je novel ni .best gak cte ni .

....kisahnye ade la sorang awek cun nie ( aku agak je ) name dia addin (ops bukan aladin tau) .n hero nye benz alif (mesti ohsem kan se ensem name dia – aku agak je ).drg ni xsebulu sejak zaman sekolah SPM lagi ats sebab2 yg malas aku nk cte kat cni hahhah (bole plak)  .then korang nak tau xpasai2 drg kene kawin atas permintaan family drg .pe lagi si addin ni punyela bangkang yela mana taknye punya la dia berapi2 ngn mamat ni dah tu tetibe lak kene duk sebumbung jd laki bini mau x mengamuk die ..tp nak dijadikan cte dah mmg jodoh drg berkahwinla drg berdua ni  .
....firstly pas kawen kalo ingt drg ni akn berbaek mmg xar .tp si benz ni sbnrnye dia mmg syok kt si addin ni sjk skola lg so die ni try la menggoda bini die ni wlpn xdpt layanan baek dri addin ni .tp di akhirnye seperti yang dijangkakan sekeras2 hati batu si addin tu akhrnye berjaya gak dicairkan oleh si benz ni ..the ending story mmg drg hidup bahagia la hahah tu yg aku suke wlpn jln cte die mcm klise je kan ..alah belambak2 org wat jln cte cam nie..tp kalo nk diikutkan jln cte camni la yg org suke kan termasuk la aku ..hahahha..yela mula2 hero akan gaduh2 ngn heroin pastu drg kene kawen ats permintaan keluarga then pastu msti dtrg akn jatuh cinte jugak diakhirnye betuii x (xbace abs pn dah le agak cmne akhrnye )
..tp aku xnafikan cara olahan cte oleh penulis ni mmg best .nk kata ayat bunga2 sgt tak ar tp jln cte dia betui2 tersusun ngn susunan ayat yg interesting gak ar .hehehe.yg penting aku puas ati abs 20rm tuk novel nie.
...novel bini aku tomboy tu lak citenye begini de sorang pompuan ni name punye sweet sgt soffi zarill mohamad tp die ni punye penampilan ala ala laki ar siap de nama glamor die zack .punyela dia ni ohsem sgt la mane taknye siap de pompuan dok menggilai dia .bukan sorng tp dua orng beb .aku taktau la setakat mene keohsem nye dia smpi de laki dok tergoda gak ar kt die .pastu kan  ........



dua novel yg aku beli kt jln TAR ritu.org dok soping bju raya aku lak dok soping novel




p/s  : sebenarnye aku xbace pn lagi novel ni ,kisahnye aku copy paste je kt blkang novel tu je ahhahah the reason is aku mls nk bace ) hehehe...ok bye ..nk g lunch :)

< selamat hari raya aidilfitri >

edit by GaDiS uNgU at Saturday, September 03, 2011 0 comments
                                      assalamualaikum

hari ini raya ke 5 .sedar xsedar dah nk masuk seminggu kita meraikan aidilfitri yg mulia ini.aku menyambut lebaran kat kampung halamanku felda lasah ngn family aku , sedara mara ku yg laen cam pak kecik ,ayahnek , ayahcu ,pak long ,pak jang n pak ngah n termasuk ar sekali atuk n opah tersayangku ^^
raya tahun ni macam biase aku sambut ngn sederhana je yela sejak dah dewasa ni xdela havoc sangat mcm time masa bebudak dulu huhuu..yela raya ni kan yg syoknye budak2 la kan ! tp yg bestnye time raya ni bagi aku dapat berkumpul sama ngn seluruh kaum keluarga yg bukan selalu pn kite jupe pn (sementelah kaum kerabat family aku sume menetap kt Perak) n plg best MAKAN la hahhaha ( gile )...sampai la ni aku masih terbayang2 lemang n rendang n kuih2 raya ..aduiiii gile ar abs diet aku ..=="" (mula riso weight aku sure naik mendadak ni ).. ah no hal la peduli apa yg penting aku ttp comei (ayat sejukkan ati sndri) ..
pape pun aku hepy sambut raya wlpn aku xdapat duit raya lagi kih..kihh

                            **************************

wif family tercyg


posing jgn tak posing

warna warni aidilfitri @_____@

pasaipa ni aku npk tembam lak konfius nyah, ni sume lemang punye pasai T___T


oiitt korang tuan umah dok bz hidang makanan korng lak dok posing wahahahaa

wajah wajah kelaparan nie tp tetap gojess!

senyum sume pasni kite makan mehun sup ek ! wuhuuu



pak kecik napa tu dah ngantuk ke hikhikk

                                          **********************************

p/s :

kepada semua yg baca my blog ni aku ucapkan selamat ari raya aidilfitri (even rase cam dah lambat je tp ak tetap nk wish gak huhu).
kalo aku terkasar bahasa ke sepanjang aku menulis ni aku minta ampun maaf yea !



 

si gadis ungu ^^ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting