24 November 2012
10 November 2012
JARAK
Assalamualaikum....
Biarkan JARAK ini menjadi penjaga bagi aku dan dia .Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar didalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan Ya- Rabb.
Aku yakin dengan rencana yang tertulis untukku.
Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami,sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.
JARAK ini bukan untuk menghukumku.
Tetapi JARAK ini untuk menjaga aku dan dia .
Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik .Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi.
Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai .
Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini .
Terima kasih kerna memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.
Jika tidak kerana JARAK ini mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia.Imanku akan goyah saat terpandang wajahnya.Hatiku mungkin akan bertambah rindu saat mendengar suaranya.
Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku.
Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah .Moga diakhir JARAK ini,Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia .
AMIN .....
Seloka petang Sabtu
Satu hari di salah sebuah rumah di Kota Damansara ....
Adik : Abang,kenapa tak tutup ikan goreng tu biar je terbuka camtu
Abang : biar je la camtu ,kenapa lak
Adik : Hish..abang ni sekeliling rumah kita ni kan banyak kucing liar karang diterkamnya lauk kita nanti camne !
Abang : Abistu yang adik tu pakai seksi seksi dedah sana dedah sini takpe pulak
Adik : Eh ,apa kene mengena pulak nie
Abang : Yela sekeliling kita ni ramai lelaki yang mungkin bernafsu binatang , tak takut ke kena terkam atau memang sengaja mahu diterkam :-P
Adik : Erk ....ermm
Hehehehe......so renung-renungkanlah yea wahai perempuan di luar sana @_@
09 November 2012
Respect and Trust
I've been walked on ,used and forgotten and I dont regret one moment of it , because in those moment i've learned a lot , I've learned who I can trust and I can't .
I've learned the meaning of FRIENDSHIP . I've learned how to tell when people lying and when they're sincere . I've learned how to be myself and appreciate the truly great people in my life as they arrive . @_@



