dah lama sangat tak nulis ni ,ingtkan bila nulis bole la nulis mende mende yang happy sikit tapi harapkan pagar ,pagar makan padi , ibaratnya aku ni sekarang mood tengah kacau bilau dilanda tsunami patah hati makan hati berulam jantung uwwwwaa... tarikh 5 MEi adalah hari keramat bagi aku tapi hari bahagia bagi En H .
tidak tergambar perasaan aku bila menyaksikan dia bergelar tunangan org .walhal setahu aku la dia dengan budak perempuan tue baru kenal ..mungkin inilah yang dinamakan jodoh .bukan aku tapi dia huhuuu..
takpela en H , ini bahagia yang dikau cari selama ini ,aku doakan kebhagiaan kau ,orang kata mencintai tak bererti memiliki .tapi mendoakan kebahagiaan org lain nescaya kita juga akan beroleh kebahagiaan itu ,Amin.
tapi en H ,izinkan aku terus mengingati dirimu,segala kata katamu kan kukenang sampai bila aku pn tidak tahu ,
kepada cik N , engkaula insan bertuah itu , smoga kau bole menjadi yg terbaik untuk En H , bila mana dia telah memilih dirimu ketahuilah sesungguhnya memang dia mencintimu .
semoga korang berdua berbahgia dan tercapaila impian korng tuk sampi ke jinjang pelamin ,insya allah ,
Aku ?? kuatnya aku menghdapi semua ini hahaha cinta ini memang misteri .
p/s : gudbye en H .
13 May 2013
09 February 2013
2013
assalamualaikum ,,,
Kisah yang mungkin nyata < akan berlaku kepada setiap manusia .Mungkin hari ini ,esok ,lusa ,tulat wallahulam ....
Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat di sofa sambil melepas penat .
Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat .
Sementara anak anak dan isteri sedang berkumpul di ruang tengah .
Dalam keletihan tadi aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi sepoi yang menghembus tepat di muka ku.
Selang beberapa lama seorang yang tak nampak mukanya berjubah putih dengan tongkat di tangannya tiba tiba sudah berdiri di depan mata .
Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba tiba itu . Sebelum sempat aku bertanya ...siapa dia ..tiba tiba aku merasa dada ku sesak ,sukar untuk bernafas.
Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa .
Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan perlahan lahan dari dadaku ..terus berjalan ..ke kerongkongku..sakit..sakit rasanya .
Keluar air mataku menahan rasa sakitnya . Oh Tuhan apa yang telah berlaku pada diriku ini ??
Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku ..khh..khh kerongkongku berbunyi .Sakit rasanya ..amat terasa sakit ..Seolah tak mampu aku menahan benda tadi ..
Badanku gementar ..peluh keringat meluncur deras..mataku terbelalak..air mataku seolah tak berhenti .
Tangan dan kakiku kejang kejang sedetik setelah benda itu meninggalkan aku .
Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu..pergi..berlalu begitu sahaja ..hilang dari pandangan .
Namun setelah itu aku merasa aku jauh lebih ringan,sehat,segar,cerah...tidak seperti biasanya .
Aku hairan ...isteri dan anak anakku yang sedari tadi ada diruang tengah ,tiba tiba terkejut berhamburan lari kearahku .
Disitu aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi .Badannya dingin kulitnya membiru .
SIAPA DIA ??
Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan .
Dia ..dia...dia mirip dengan aku ...oh !ada apa ini Tuhanku ??
Aku cuba menarik tanga isteriku tapi tak mampu..
Aku cuba pula untuk merangkul anak anakku tapi tak berjaya ..
Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku .
Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini ...
Aku mula berteriak ..tapi mereka seolah tak mendengarkan aku .
Seolah mereka tidak melihatku ,,
Dan mereka terus terusan menangis..aku sedar ..aku sedar bahawa orang misteri tadi telah membawa roh ku .
Aku telah mati ..aku telah mati .
Aku telah meninggalkan mereka ..tak kuasa aku menangis ..berteriak .aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.
Aku sangat sedih ..selama hidupku belum banyak yang ku lakukan untuk membahagiakan mereka .
Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka .
Tapi waktuku telah habis ..masaku telah terlewat..aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja .
Sungguh, bila aku tahu aku akan mati ,aku akan membahagi waktu bila harus bekerja,beribadah untuk keluarga dll.
Aku menyesal aku terlambat menyedarinya .
Aku mati dala keadaan belum solat .
Ya Allah,
jika Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia .
Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bertaubat,mengakui segala dosa dan berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada dalam keadaan yang lebih bersedia .
Doaku di tahun 2013 ini ,
Ya Allah Ya Maha Esa ,
Kau panjangkanlah umurku , kau kurniakanlah diriku kesihatan yang baik kerana sesungguhnya aku masih belum puas membahagiakan keluargaku terutama ibuku ,dan kerana dirku belum puas melakukan amal kebaikan dan sesungguhnya kerana diriku masih belum puas melakukan amal ibadat .
AMIN .
05 January 2013
Subscribe to:
Comments (Atom)
