
wah!lazatkan nasi lemak di atas.nasi lemak boleh dikatakan salah satu makanan ruji rakyat malaysia di waktu pagi.dan boleh dikatakan salah satu makanan yg menjadi pilihan aku jugak ar tak kira waktu morning @ petang @ malam.apatah lagi jika ditambah dengan lauk spt ayam goreng @ telur mata kerbau @ rendang daging @ rendang kerang fuhh enaknye x terkate kan kan..sbb nye biasala org bujang cam aku apalagi makanan yg murah ,jimat .mudah n pantas he2..
tp stat tahun 1 1/2 thn lepas aku dah kurangkan pengambilan nasi lemak.sebabnye ? apa lagi kalo bukan penambahan berat badan aku dan juga kehadiran lemak2 manje aku kt bhgn perut n peha yg opss (nyampah ar nak sebut kat cni he2)..segan nak ckp tp trus saje aku menyalahkan pengambilan nasi lemak ..yela dah tu namenye nasi berlemak apalgi bertambah2 la lemak kt body aku ni he2 ..
so aku pn kurngkan mkn nasi lemak kalo tdk boleh dikatakan tiap2 pagi semasa g keje aku mesti singgah beli tmbh2 lagi dkt ngan lrt masjd jamek tu belambak2 kedai jual nasi lemak .wlpn hati aku ni meronta2 nk mkn nasi lemak tp aku wat eksyen je ..ceh aku mesti kuat kalo tdk cmne lemak2 manje kt body aku ni nak nyah ..he2 lebih kurang gtu la ayat pujuk ati aku nie
tp la ni aku lega bile kuar paper pasal nasi lemak nak tau pe ..bace la kat bwh tue .he2..esok pagi aku nk singgah beli nasi lemak+daging :)
KUALA LUMPUR - Nasi lemak bukan punca utama masalah obesiti dalam kalangan murid sekolah kerana ia juga boleh berlaku menerusi pengambilan makanan harian lain yang berkalori tinggi secara tidak terkawal, kata Presiden Persatuan Pemakanan Malaysia Dr.Tee E Siong .
"Kita tidak boleh menyalahkan nasi lemak sahaja sebagai punca utama (obesiti), sebenarnya banyak masalah atau faktor lain yang menyebabkan masalah ini berlaku.
"Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah mengambil makanan yang banyak kalori setiap hari.
"Seperti yang kita tahu, setiap makanan mempunyai kalori. Jadi kita perlu bijak mengawal makanan harian yang diambil," katanya.
Beliau menyatakan demikian pada sidang akhbar selepas majlis perasmian Bulan Pemakanan Sihat Malaysia (NMM) 2011 bertemakan Kanak-Kanak Sihat, Negara Lebih Sihat - Mulakan Awal di sini semalam.
p/s :ok la nk g makan nasi lemak nie (plus ayam goreng -my fav ) ..lapo la plak malam2 ni..bye .nite~
0 comments:
Post a Comment