penghujung bulan Feb yng bermula dengan kisah sedih yg terjadi kepada seisi keluargaku apabila nenek tersayang telah kembali ke rahmatullah pada 24hb bersamaan dengan hari jumaat yang mulia kerana sakit tua. .kesedihan lebih terasa apabila melihat atuk pula tinggal keseorangan tanpa isteri di sisi . sedih. tapi inilah hidup yang harus kita tempuhi. mati itu pasti cumanya kita tidak tahu bila ia akan terjadi.Yang pastinya bila ia terjadi berakhirlah segala hubungan dengan dunia ini.
permulaan bulan Mac pula bermula dengan awan hitam yang tetibe mendatangi diriku. kelam kabut dibuatnya bila tuan rumahku membuat keputusan yg memaksa aku mencari rumah lain. Diberi tempoh masa sebulan yang padaku terasa amat singkat. Bukan senang mencari bilik sewa di kawasan ini. Pada mulanya aku berfikir untuk mencari bilik sahaja tetapi bila difikir-fikir balik memandangkan barang-barang kepunyaanku (almari,mesin basuh,tv,dapur gas & peti ais) banyak jadi aku memutuskan untuk mencari rumah kosong sahaja . .Hampir dua minggu juga aku melayari Mudah.my untuk melihat iklan-iklan kosong tapi semuanya menemui jalan buntu. Akhirnya satu sms telah membawaku kepada cahaya yang aku cari-cari. Rakanku di GE telah membantu aku dan akhirnya Alhamdulillah aku telah menemui rumah yang sesuai untukku. Tidak jauh dari rumah lamaku cuma perlu turun lif di tingkat 2 tapi paling penting aku dapat menawar sewa rumah daripada 850 kepada 750. .syukur Alhamdulillah. ;-)
p/s : hampir tersungkur bila menghadapi dugaan ini tetapi Allah itu sentiasa ada. .Percayalah. Insya Allah.
0 comments:
Post a Comment