assalamualaikum ...
HAI ! Dah lamenye tak update blog .sibuk gile ya ampun dari sebelum puasa , masa puasa sampaila dah raya hinggalah dah nak abis raya (mgu ni minggu terakhir syawal , er betulkan ) *_* .apa yang aku sibuk sangat tak lain tak bukan KERJA ! KERJA ! KERJA !hahaahahha nampak bunyi macam tension di situ kan kan .
masa bulan Ramadan yang lepas , staff lain semua 4.30 sudah cabut tapi aku still lagi di kerusi meja ku huh ! mana nak cabut dah case berlambak lambak datang , case pun satu dah petang baru nak masuk , masuk pulak tu bukannya sikt tapi sekaligus hah amik ko , pe lagi boss baru aku tu my manager pun takut la , nak tak nak dia suruh aku n other staff (N namenya ) stay OT untuk clearkan case . Tapi aku tak kisah pun alang alang dapat jugak aku kumpul duit ( terusterang gaji aku takdela banyak mana so harapkan OT la aku boleh dapat payment banyak sikit ) .
takpela orang kata susah susah dahulu senang kemudian :) , tapi muka aku sebal jugak bile staff balik diarong semua lalu depan meja aku , hari hari diarong tengok muka aku je yang balik lambat hahahha , nak wat camne dong , korang boleh la keje tak banyak , tak macam aku section aku ni cuma aku dan N je yang buat DE nie , nak tak nak terpaksala . Niat di hati tu ada la nak balik awal sharp 4.30 konon kononya tapi hah bile dah pukul 3 tu tetibe case melambak lambak masuk terpaksala aku OT .
Kadang kadang aku terasa gak aku ni hamba kerja ! yela isnin sampai jumaat aku dok kerja , mlm 7.30 abis kerja terus balik umah . sabtu ahad kalau cuti aku terus balik rawang , so bile masanya aku bersosial ? minggu lepas aku keluar dengah housemate @ officemate aku , kami jenjalan smpi ke taman KLCC , kami lepak lepak sambil mengadap bebudak mandi manda , then hati aku berdetik ya Allah dah lama sungguh aku tak keluar berjalan jalan macam nie . tenang jugak fikiran aku masa tu .
dan semalam aku telah menonton cerekarama TV3 , Jane Jamilah tajuk drama tu ( actually aku memang tak suka tengok drama melayu :P tapi disebabkan dah takde apa nak wat semalam aku pn dok tgk la tv tu sesorang ) , dah ia tak sia sia kerana ia telah membuka mata aku dan menyedarkan aku . drama tu mengisahkan suami si Jamilah telah mencari perempuan laen disebabkan isterinya si Jamilah ni terlalu sibuk dengan kerja sehingga tidak sedar ada hati yg telah diabaikan .
aku sedar sesibuk mana pun kita kerana kerja kita perlu seimbangkan hidup kite dengan kerja dan jugak hal hal lain yang ada dalam hidup kita . perlu ingat ada banyak benda yang perlu diberi perhatian dan kita akan keciciran jika kita memandang ringan perkara itu disebabkan kita terlalu mengadap kerja . mungkin sebab itu juga sampai sekarang aku masih single :P
ok la aku tak mahu membebel panjang , aku nak bersiap pergi bersosial sikit cewaah ahahahha , nak pergi open house ex jiran masa kat keramat dulu .
p/s : untuk korang yang rasa rasa gila kerja jugak macam aku please la tolong keluar dari akuarium itu , sebelum nasi menjadi bubur kah kah !
sorry terlambat , SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI , MAAF ZAHIR DAN BATIN :)
09 September 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment