10 November 2012

JARAK

edit by GaDiS uNgU at Saturday, November 10, 2012

Assalamualaikum....


Biarkan JARAK ini menjadi penjaga bagi aku dan dia .Biarlah ingatanku tentang dia yang makin samar-samar didalam hatiku menjadi penguat hubungan aku dengan Ya- Rabb.

Aku yakin dengan rencana yang tertulis untukku.

Aku yakin jika tertulis jodoh antara kami,sejauh mana aku dan dia berlari menjauh, kami akan dipertemukan jua di garisan takdir antara kami nanti.

JARAK ini bukan untuk menghukumku.

Tetapi JARAK ini untuk menjaga aku dan dia .

Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk berubah menjadi yang lebih baik .Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk mendalami Islam hingga ke akar umbi.

Dan dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan lebih bersedia untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai .

Terima kasih Ya Allah kerana memberi peluang kepadaku melalui jalan-Mu ini .

Terima kasih kerna memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.

Jika tidak kerana JARAK ini mungkin aku akan mencari pelbagai alasan untuk bersama dia.Imanku akan goyah saat terpandang wajahnya.Hatiku mungkin akan bertambah rindu saat mendengar suaranya.

Moga hidayah yang diberi ini akan terus membajai hatiku.

Aku yakin semua ini rencana Mu Ya Allah .Moga diakhir JARAK ini,Kau memberi kesudahan yang baik untuk aku dan dia .


AMIN .....


Published with Blogger-droid v2.0.4

0 comments:

Post a Comment

 

si gadis ungu ^^ Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Ugg Boots Sale | web hosting